Sebulan sebelum Pilihan Raya Parlimen Jepun bermula, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berdepan cabaran sokongan.
Menerusi tinjauan tempatan dijalankan agensi berita Jiji.. Lebih separuh pengundi mengkritik cara kerajaan-nya mengendalikan kenaikan harga barang.
Kishida mengambil alih jawatan September lalu dan akan mengetuai parti Liberal Demokratik (LDP) ke Pilihan Raya Parlimen pada 10 Julai.